YAYASAN IHSAN RAKYAT

Yayasan Ihsan Rakyat ditubuhkan untuk menerima caruman, pendapatan dan keuntungan dari mana-mana sumber yang akan digunakan semata-mata untuk memenuhi matlamat yayasan iaitu pengurusan dana untuk pendidikan dan bantuan kewangan kepada golongan miskin.

Skim pembiayaan Islam atau kemudahan kredit Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) hanya ditawarkan kepada kakitangan kerajaan persekutuan (AG- Accountant General) dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sahaja. Ini kerana YIR mempunyai kod potongan mereka sendiri di mana selepas sebulan meminjam, akan tertera di slip gaji peminjam perkataan “yayasan Ihsan Rakyat”. Potongan tersebut bukan melalui Biro Angkasa.

BUTIR-BUTIR PINJAMAN

  • Terbuka kepada kakitangan kerajaan persekutuan (AG) & PDRM sahaja
  • Kadar untung 8.99%
  • Hanya Status Tetap layak (Status tetap dalam percubaan juga layak)
  • Umur minima semasa permohonan: 26 tahun
  • Gaji minima RM1,600 dan ke atas
  • Tempoh perkhidmatan: satu tahun dan ke atas
  • Jumlah pembiayaan dari RM3000 sehingga RM150,000
  • Tidak perlu tandatangan Biro Perkhidmatan Angkasa dari majikan
  • Jawatan pegawai rendah dan pengawal tidak layak
  • Tidak perlu penjamin
  • Proses ceoat. Hanya tiga hari bekerja disburse.
  • Komitmen tinggi, rekod CTOS dan CRIS masih layak
  • Tidak ada wang pendahuluan
  • Oleh kerana ianya bukan koperasi, Yayasan Ihsan tidak ada yuran ahli bulanan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Slip gaji tiga bulan terkini – 3 salinan setiap bulan yang disahkan majikan
  • 3 Salinan kad pengenalan yang disahkan majikan
  • Surat Pengesahan Majikan
  • Surat Opsyen Bersara (jika perlu)
  • Salinan depan buku bank atau penyata bank
  • Salinan bil elektrik, air, telefon atau Astro untuk mengesahkan alamat
  • Surat penyelesaian awal (jika nak buat overlap)

GOLONGAN TIDAK LAYAK

Pembiayaan peribadi ini tidak ditawarkan kepada kakitangan kerajaan negeri, universiti dan hospital universiti, Majlis Daerah dan Perbandaran, badan berkanun dan GLC. Ini kerana institusi-institusi tersebut tidak mempunyai kod potongan YIR. Hanya penjawat awam yang payslip dicetak di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM atau ANM) sahaja yang layak memohon.

× Ada Pertanyaan? Klik Sini! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday